Friday 15 February 2013

Hanya Jangka masa 7 Tahun Sahaja


 Nak tanam pokok gaharu ni tak perlu masa yang lama,mengikut teknologi yang sedia ada pada zaman sekarang ni hanya jangka masa 7 thn sahaja akan peroleh hasilnya.

 Spesis yang biasa dan dikatakan paling bermutu merupakan aquilaria malacensis. Spesies-spesies yang lain adalah A. Hirta, A. Beccariana, A. Rostrata, A. Microcarpa A. Subintegra dan A Crassna. Amat baik untuk kita mengetahui spesies yang mana yang sesuai untuk sesebuah kawasan supaya tidak tersilap menanam, kerana penanaman memerlukan masa sekurang-kurangnya 7 tahun untuk mengeluarkan hasil.










Saturday 22 December 2012

Spesies Karas di Malaysia

Karas @ Gaharu yang membawa maksud "Aguru" atau kayu berat dalam bahasa Sanskrit namun dikenali sebagai :
-Tengkaras atau engkaras oleh orang iban
-Kalamabak,atau tabak oleh orang asli,kepang,laro,alim @ halim di Sumatera
- Depu bagi penduduk Pantai Timur.

Pokok Karas merupakan pokok sederhana besar dengan ketinggian boleh mencecah 40m tinggi manakala diameter mencapai 80 cm bagi pokok hutan.

Stuktur
-Batang yang tidak berbanir tetapi lurus
-Berkulit licin dengan warna dari keputihan,kelabu sehingga kemerahan
-Berdaun tunggal dengan susunan bertingkat dan runcing di hujung serta berbentuk oblong pada daun matang.

Di Malaysia terdapat 5 spesies telah ditemui dan direkodkan iaitu :
1) A. malaccencis
2) A. hirta
3) A. microcarpa
4) A. Beccariana
5) A. rostrata

A.malaccencis
-Spesies dominan yang banyak ditemui di Semenanjung sehingga di Sabah dan Sarawak berbanding spesies lain.

A. hirta
-Species kedua terbesar yang banyak ditemui di Pantai Timur Kelantan,Terengganu,Pahang dan sebahagian Johor.

A.microcarpa
-Ditemui di kawasan paya bakau

A.rostrata
-Hidup di gunung sahaja

Selain daripada spesies tempatan kini kebanyakan pengusaha nurseri karas membekalkan anak pokok dari spesies import seperti A.subintegra dan A.crassna

Taburan Karas Dunia

Taburan karas meliputi 15 buah Negara di Dunia iaitu :
1.India
2.Bangladesh
3.Bhutan
4.Mnyammar
5.China
6.Laos
7.Thailand
8.Malaysia
9.Brunei
10.Indonesia
11.Singapura
12.Filipina
13.Papua New Guinea
14.Kemboja
15.Vietnam

Karas boleh ditemui di tanah pamah sehingga ketinggian 1200m dari aras laut.Antara spesies yang boleh ditemui di seluruh dunia adalah seperti :
A.malaccencis
A.agallocha
A.crassna
A.Subintegra
A.sinesis
A.microcarpa
A.beccariana
A.hirta
A.filarial
A.rostrata
A.secundaria
A.apiculata
A.bailloni
A.banaense
A.grandiflora
A.Khasiana
A.cumingiana
A.brachyantha
A.ovate

Pembentukan Gaharu

-Kayu karas tidak mempunyai saluran damar,dan juga tidak mempunyai sel damar yang khusus untuk mengeluarkan resin. 
-Sel-sel parenkimia yang bertindak balas akibat daripada kecederaan itulah yang menghasilkan lipids,polyphenols dan lain-lain bahan kimia organik yang kompleks.
-Phenols dan Polyphenols merupakan bahan aromatik yang memberikan bau wangi bahan gaharu.
-Bahan ini akan menjadi pekat dan merembes kepada sel-sel berdekatan walaupun sel-sel berdekatan merupakan sel mati.
-Perubahan fizikal yang jelas juga berlaku apabila sel-sel kayu berubah menjadi bentuk gaharu.
-Pembentukan gaharu menyebabkan kayu menjadi berat dan ketumpatan bertambah.
-Warna kayu juga berubah mengikut sejauh mana kayu karas menjadi gaharu.
-Kayu gaharu bermutu tinggi mempunyai warna gelap kehitaman,sementara kayu biasa berwarna putih kekuningan.