Saturday 22 December 2012

Spesies Karas di Malaysia

Karas @ Gaharu yang membawa maksud "Aguru" atau kayu berat dalam bahasa Sanskrit namun dikenali sebagai :
-Tengkaras atau engkaras oleh orang iban
-Kalamabak,atau tabak oleh orang asli,kepang,laro,alim @ halim di Sumatera
- Depu bagi penduduk Pantai Timur.

Pokok Karas merupakan pokok sederhana besar dengan ketinggian boleh mencecah 40m tinggi manakala diameter mencapai 80 cm bagi pokok hutan.

Stuktur
-Batang yang tidak berbanir tetapi lurus
-Berkulit licin dengan warna dari keputihan,kelabu sehingga kemerahan
-Berdaun tunggal dengan susunan bertingkat dan runcing di hujung serta berbentuk oblong pada daun matang.

Di Malaysia terdapat 5 spesies telah ditemui dan direkodkan iaitu :
1) A. malaccencis
2) A. hirta
3) A. microcarpa
4) A. Beccariana
5) A. rostrata

A.malaccencis
-Spesies dominan yang banyak ditemui di Semenanjung sehingga di Sabah dan Sarawak berbanding spesies lain.

A. hirta
-Species kedua terbesar yang banyak ditemui di Pantai Timur Kelantan,Terengganu,Pahang dan sebahagian Johor.

A.microcarpa
-Ditemui di kawasan paya bakau

A.rostrata
-Hidup di gunung sahaja

Selain daripada spesies tempatan kini kebanyakan pengusaha nurseri karas membekalkan anak pokok dari spesies import seperti A.subintegra dan A.crassna

Taburan Karas Dunia

Taburan karas meliputi 15 buah Negara di Dunia iaitu :
1.India
2.Bangladesh
3.Bhutan
4.Mnyammar
5.China
6.Laos
7.Thailand
8.Malaysia
9.Brunei
10.Indonesia
11.Singapura
12.Filipina
13.Papua New Guinea
14.Kemboja
15.Vietnam

Karas boleh ditemui di tanah pamah sehingga ketinggian 1200m dari aras laut.Antara spesies yang boleh ditemui di seluruh dunia adalah seperti :
A.malaccencis
A.agallocha
A.crassna
A.Subintegra
A.sinesis
A.microcarpa
A.beccariana
A.hirta
A.filarial
A.rostrata
A.secundaria
A.apiculata
A.bailloni
A.banaense
A.grandiflora
A.Khasiana
A.cumingiana
A.brachyantha
A.ovate

Pembentukan Gaharu

-Kayu karas tidak mempunyai saluran damar,dan juga tidak mempunyai sel damar yang khusus untuk mengeluarkan resin. 
-Sel-sel parenkimia yang bertindak balas akibat daripada kecederaan itulah yang menghasilkan lipids,polyphenols dan lain-lain bahan kimia organik yang kompleks.
-Phenols dan Polyphenols merupakan bahan aromatik yang memberikan bau wangi bahan gaharu.
-Bahan ini akan menjadi pekat dan merembes kepada sel-sel berdekatan walaupun sel-sel berdekatan merupakan sel mati.
-Perubahan fizikal yang jelas juga berlaku apabila sel-sel kayu berubah menjadi bentuk gaharu.
-Pembentukan gaharu menyebabkan kayu menjadi berat dan ketumpatan bertambah.
-Warna kayu juga berubah mengikut sejauh mana kayu karas menjadi gaharu.
-Kayu gaharu bermutu tinggi mempunyai warna gelap kehitaman,sementara kayu biasa berwarna putih kekuningan.

Aspek Kejadian Gaharu

Gaharu terbahagi kepada 2 bahan utama iaitu :

1) Kayu Gaharu
2) Minyak Gaharu

-Gaharu terhasil disebabkan perubahan-perubahan kimia daripada sifat serta bentuk asal.Perubahan fizikan dan kimia disebabkan oleh tindak balas aktiviti fisiologi dialami oleh sel yang masih hidup dan berfungsi terhadap gangguan pertumbuhan pokok.
-Gangguan fizikal dan kimia terjadi disebabkan kecederaan semulajadi @ takikan ( diaktifkan oleh manusia)
-Kecederaan pada umumnya menyebabkan pendedahan terbuka di antara kulit kayu dan glubal kayu dapat dilihat dengan jelasnya pada batang pokok yang telah dicederakan.
-Apabila ini berlaku proses merawat luka oleh pokok menyusuli dengan tindak balas sel-sel yang terlibat untuk memulihakan kecederaan.
-Pada masa yang sama, kulat ,fungus,bakteria akan menyerang kulit kayu yang terdedah.
-Sebagai tindak balas untuk menahan serangan pereputan,sel-sel yang masih hidup dan berfungsi terutamanya sel parenkimia ruji menjadi benteng utama dan dengan sendirinya berubah bentuk menghasilkan lipids dan polyphenols yang menjadi pemula kepada kejadian minyak gaharu

Pokok Karas & Gaharu

-Karas merupakan sejenis pokok hutan yang boleh menghasilkan gaharu

-Gaharu pula merupakan oleoresin (minyak) yang dihasilkan melalui tindak balas kimia oleh sel parenkima dan vascular ke atas kecederaan asal tersebut.

Apa itu Gaharu

Berasal daripada :

-Perkataan Sanskrit (Aguru) bremaksud kayu berat (tenggelam)
-Ketumpatan diantara 0.5-1.5 kg/m bergantung pada umur & kualiti kayu gaharu
-Gaharu terjadi secara semulajadi dan buatan akibat pokok yang terluka,dilukakan @ diserang penyakit.
-Terjadi nya gaharu akibat tindak balas jaringan pembuluh sel kayu bagi melindungi diri nya daripada serangan penyakit.
-Gaharu diperoleh daripada pokok karas yang mengalami kecederaan akibat daripada proses takikan @ semulajadi.
-Gaharu adalah sejenis kayu yang mempunyai belang-belang kemerahan sehingga kehitaman dengan memiliki kandungan wangian berupa bau aroma yang dikeluarkan khusus apabila kayu gaharu dibakar.
-Ia berasal daripada pokok hidup yang dihinggapi kulat,bakteria,kuman & sebagainya.

Nama Panggilan Pokok Karas

Karas sinonim dengan panggilan :
-Gaharu
-Depu @ Agarwood (Malaysia & Indonesia)
-Oudh (Arab)
-Agaru (India)
-Oguru (Assam)
-Chen Xiang ( China)
-Jin koh ( Japan)
-Chim-hyuang @ Kanam (Korea)
-Lignum Aquilia (Eaglewood)
-Aloeswood or Agilawood (Eropah)
-Tram Huong (Vietnam)
-Mai Kritsana (Thailand)
-Ghara (Papua New Guinea)

Pokok karas atau nama saintifiknya Aquilara spp. yang menghasilkan gaharu adalah dari famili Thymelaecea. Terdapat 19 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia tetapi hanya 5 spesies utama boleh ditemui di Malaysia iaitu :
1) A.malaccencis
2)A.hirta
3)A.beccariana
4)A.rosta
5)A.microcarpa

Gaharu

Pengenalan

Gaharu telah dipercayai diperdagangkan secara tradisional dan direkodkan melalui sejarah lampau sejak Zaman Khalifah Abdul Aziz dahulu lagi,Industri gaharu telah bermula di Assa, India dan terus berkembang sehingga ke Papua Guinea. Bermula dari Assam,pokok karas yang ditebang dan diproses seterusnya dijual kepada pedagang-pedagang Timur Tengah,China dan Eropah.Perdagangan gaharu di Malaysia telah wujud ratusan tahun lagi apabila wujudnya aktiviti pencarian dan pengumpul sumber gaharu liar dari hutan seperti mengumpul gaharu mentah,penggredan gaharu kasar,sulingan pati minyak dan yang berasaskan gaharu.